Sunday, October 28, 2012

Waktu dia, waktu kita

.

Semalam, Allah mengizinkan sy melawatnya pada pukul 12 lebih. Di fakulti, surau penuh dengan sahabat2 yang melakukan solat hajat buat beliau selepas solat zuhur. Habis sj solat hajat, jemaah di maklumkan, yg kak Siti Rohana baru saja kembali ke rahmatullah...Alfatihah..

Melihatnya di wad ICU itu, sy terkenang diri sendiri. Satu masa nanti, semua org pun akan menemui ajal, termasuk diri sy sendiri. Masa tu, adakah sy sudah bersedia? atau adakah hanya bekalan dosa yg ada..apa sumbangan sy kepada agama..bagaimana anak2 sy, adakah membaca ayat2 suci AlQuran mendoakan sy atau hanya duduk di sisi menangis meratapi sy yg nazak?

Hidup ini nampak penting utk di kejar dunianya...mengumpul harta, naik pangkat, naik gaji, jalan2 sana sini..tp bila tiba saat itu, semuanya ditinggalkan tiada makna..harta yg dikejar siang dan malam sudah tiada erti..sy terfikir, kan lebih baik kalau pada waktu malam dan weekend dpt dipenuhkan dengan mengumpul bekalan buat saat itu..cukup2lah mencari rezeki pada siang hari..jika rezeki byk tp tak diguna buat menderma, buat menghadiri majlis2 yg mengingatkan kita pada Allah..maka tiada guna. Malah takut apa nanti nak jwb bila Allah tanya, rezeki yg Dia bg tu kita buat apa..

Sy muhasabah diri sendiri, kerana sy sendiri byk menghabiskan masa dengan sia2. Semoga Allah beri kekuatan kepada sy, kepada kita semua, utk memperbaiki diri, semoga kita menemui saat itu tanpa seribu satu penyesalan..pada masa dan rezeki yg dihabiskan dgn sia2. Amin..

0 comments

Post a Comment

About