Sy cuba kenang2 balik, apa yg sy buat ms umur 19 tahun? Kalau tak silap, time tu sedang bljr di Intec Shah Alam, buat persediaan utk bljr ke us. Masa tu, cuma belajar (dan bercinta huhu)..dunia remaja yg biasa/typical. Takde langsung nak fikir dan bergerak utk ummah. Pemikiran cetek dan hanya focus pada cita2. Terasa ruginya, bila dikenang semula. Sy sgt berharap, jgnla yaya dan adik2nya jadi mcm sy. Sy mahu dia ada cita2 yg lebih besar, menjadi pendukung agama pada zamannya nanti. Sepertinya Sultan Muhammad Al-Fateh. MasyaAllah, beza betul sy dgn dia. Pada usia 19 tahun, beliau sudah memimpin barisan tentera dan berjaya menawan Kota Konstantinopal yang menjadi kemegahan Kristian Ortodox. Usahanya bukan sedikit, malah keazamannya begitu kuat sejak kecil lg. Sgt tersentuh bila membaca buku tentang sejarah beliau, dan kemudian melihat video ini. Bukan mudah, bukan sedikit usaha dilakukan bagi berjaya dlm peperangan tu. Semuanya demi menegakkan syiar Islam. meneruskan perjuangan Rasulullah. Tapi sedih, masyarakat Islam pada hari ini lebih byk menjunjung dan meniru musuhnya. Pemikiran, keutamaan, pemakaian, cara hidup. Termasuk sy sendiri. Astaghfirullah.. Aku memohon keampunanMu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun. Bimbinglah kami sepertimana Kau telah membimbing hamba2 Mu yang mulia di sisiMu, Amin..
readmore »»Sunday, October 28, 2012
Berapa markah sy?
Tadi, di satu kedai sy terlihat rancangan tv. Tak perasan rancangan apa atau tv apa, tp yg sdg dipaparkan ialah kisah benar seorg wanita muda. Dia OKU, entah bagaimana tapi dia terbiar, sehingga ada pihak menjadikannya peminta sedekah. Dirogol sehingga melahirkan anak. Kini dia duduk di rumah org2 OKU. Kesian melihat kisahnya.
Waktu itu, sy teringat diri sendiri. Bagaimana nasib dan jalan hidup sy sgt sgt baik jika nak di banding dgn kisah dia. Allah mentakdirkannya. Sungguh, terasa baik betul Allah kepada sy. Tapi, adakah sy sudah membalas kebaikan itu dengan sepatutnya? Sy terfikir, takkan dengan takdir yg baik ini, sy hanya patut hidup biasa2 aja..kerja, balik keje urus rumah tangga, tgk tv, berehat, tido, then esok rutin yg sama..weekend mungkin jln2, shopping, atau balik kg..skrg ini sy masih tidak contribute kepada ummah, tidak cukup belajar agama, iman dan amal sgt cetek dan sikit, sedangkan fizikal sy sempurna dan ada kerja yg ok..
Sy menjadi takut bila terkenang kata2 bahawa nikmat itu juga satu ujian. Susah dan senang dalam hidup ini kedua2nya ujian. Allah ingin melihat bagaimana kita menghadapinya dan dari situ kita akan dpt "markah" kita. Ya Allah, semoga masih belum terlambat utk sy berbuat sesuatu.
Waktu dia, waktu kita
Semalam, Allah mengizinkan sy melawatnya pada pukul 12 lebih. Di fakulti, surau penuh dengan sahabat2 yang melakukan solat hajat buat beliau selepas solat zuhur. Habis sj solat hajat, jemaah di maklumkan, yg kak Siti Rohana baru saja kembali ke rahmatullah...Alfatihah..
Melihatnya di wad ICU itu, sy terkenang diri sendiri. Satu masa nanti, semua org pun akan menemui ajal, termasuk diri sy sendiri. Masa tu, adakah sy sudah bersedia? atau adakah hanya bekalan dosa yg ada..apa sumbangan sy kepada agama..bagaimana anak2 sy, adakah membaca ayat2 suci AlQuran mendoakan sy atau hanya duduk di sisi menangis meratapi sy yg nazak?
Hidup ini nampak penting utk di kejar dunianya...mengumpul harta, naik pangkat, naik gaji, jalan2 sana sini..tp bila tiba saat itu, semuanya ditinggalkan tiada makna..harta yg dikejar siang dan malam sudah tiada erti..sy terfikir, kan lebih baik kalau pada waktu malam dan weekend dpt dipenuhkan dengan mengumpul bekalan buat saat itu..cukup2lah mencari rezeki pada siang hari..jika rezeki byk tp tak diguna buat menderma, buat menghadiri majlis2 yg mengingatkan kita pada Allah..maka tiada guna. Malah takut apa nanti nak jwb bila Allah tanya, rezeki yg Dia bg tu kita buat apa..
Sy muhasabah diri sendiri, kerana sy sendiri byk menghabiskan masa dengan sia2. Semoga Allah beri kekuatan kepada sy, kepada kita semua, utk memperbaiki diri, semoga kita menemui saat itu tanpa seribu satu penyesalan..pada masa dan rezeki yg dihabiskan dgn sia2. Amin..
Super cool woman!
Ketika Tawakul Karman seorang wartawan dan ahli politik dari Yaman juga Penerima Anugerah Nobel untuk kategori Keamanan pada tahun 2011 ditanya mengapa beliau berpakaian kolot dengan Hijab dan sebagainya, yang dilihat tidak selari dengan keintelektualannya. Lalu jawabnya,
"Manusia di zaman lampau hampir tidak berpakaian langsung. Apabila semakin maju, manusia mula berpakaian. Apa yang saya pakai hari ini melambangkan perkembangan pemikiran dan peradaban yang terbaik manusia telah capai. Sebaliknya, tidak berpakaian sebenarnya yang kolot dan kembali ke zaman purba."
Jawapan yg super cool !!! :)
Menghadapi Tension
Assalamu'alaikum sahabat2. Mari mulakan pagi dengan senyuman dan syukur kepadaNya :)
Pagi2 lagi dah tension/sedeh? Teringat sy talk yg disampaikan oleh seorg ustaz di radio IKIM. Katanya, kalau kita ada masalah, atau sedeh, tensen, sakit dsb, cepat2 ingat Allah dan berdoa kepadaNya. Kemudian kita katakan kepada masalah tu, 'wahai masalah, aku ada Tuhan Yang Maha Besar, yang boleh tlg aku selesaikan masalah ni'..insyaAllah jika kita ckp dr hati, Allah dengan mudah memberi kita ilham/cara utk selesai masalah tu, atau utk buat kita happy semula. Kan Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana :)
Semoga prestasi kita sbg hamba dan khalifahNya lebih baik hr ini dari sebelumnya, Amin ~~
Kisah benar, pengajaran buat kita..
Sultan Muhammad Al-Fateh terkenal sbg seorg yg warak dan suka beribadat kepada Allah. Persoalannya, adakah beliau memang sukakan agama sejak kecil?
Ada satu lagi pengajaran yang berguna dari kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk kota Konstantinopal. Ceritanya begini.
Sejak kecil beliau dibiarkan bermain dengan rakan2 sebayanya sehingga orang takkan tahu dia anak seorg sultan. Setiap kali dtg seorg ulama yg ditugaskan oleh ayahandanya utk ajar beliau agama, dia akan buat tak endah dan tak mahu belajar agama. Beberapa ulama dilantik tetapi gagal. Beliau semakin suka bermain. Akhirnya, ayahandanya Sultan Murad melantik seorg ulama yg terkenal dgn garang dan tegasnya. Apabila Sultan Muhammad Al-Fateh degil tidak mahu belajar agama, ulama ini akan rotan beliau di kaki. Akhirnya beliau merasa serik, dan mahu belajar agama. Malah belajar dengan bersungguh2 kerana di ajar oleh seorg ulama yg bijak menimbulkan semangatnya utk berjihad. Hingga akhirnya dia menjadi seorg yg sgt cintakan beribadat kepadaNya dan berjuang utk agamaNya.
Saya rs point penting di sini, ialah: sukakan agama pada anak belum tentu dtg secara semulajadi. Tapi dgn izin Allah peranan ibu bapa la yang boleh menukar seorg anak dr suka bermain kepada suka agama. Tidak semestinya anak itu dirotan, itu mungkin jalan penyelesaian terakhir. Tapi kisah ini mengajar kita tentang perlunya ibu bapa melakukan sesuatu demi menyelamatkan anak dr leka kepada dunia kepada cintakan Allah.
Kisah ini amat berbekas kepada diri sy. Sy tidak boleh impikan yaya menjadi anak yg solehah, tanpa sy dan suami berusaha dan berdoa bersungguh2 cuba membentuknya begitu. Maka sy kene pk, macamana caranya supaya dia sukakan agama sejak kecil. Contohnya, selalu pasangkan bacaan Al-Quran dan nasyid2, selalu bawa dia ke masjid dengar ceramah2 agama, sekolahkan dia di sekolah yg pentingkan agama, bercakap dengan dia tentang Allah sejak dia kecil lagi dll. Budak sekecil dia, jgn disangka terlalu kecil utk diajak berckp tentang Allah. Sambil main buaian, apabila burung lalu saya selalu beritahu dia, Allah yg cipta burung tu. Saya suka cerita begitu. Satu hari, sy nak hantar dia ke sekolah. Nampak matahari cantik baru nak keluar. Saya tanya dia, siapa cipta matahari tu? Cepat je keluar dari mulut dia "Allah". Sy terkejut juga, alhamdulillah dia faham juga apa yg sy ceritakan selalu tu.
Skrg sy kene buat macam2 lagi secara aktif dan kerap, moga2 dgn izin Allah dia jadi anak yg solehah, harta sebenar sy, Amin. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.
Siapakah dia?
Jom fikir2, 'apa yg kita selalu buat utk menhappykan diri kita?' Tgk movie ke, shopping ke, jumpa kawan ke, masak ke,...'Kalau kita tension, ataupun penat melakukan kerja, bagaimana cara kita take a break or release tension?'
Apabila musuh menghantar serombongan penari2 dan penyanyi2 yang cantik utk menghiburkannya bersama hadiah2 termasuk emas, intan, dan berlian, 'dia' menjawab: "Saya tidak tertarik dengan hiburan yang melalaikan. Kenikmatan bagi saya adalah apabila beramal ibadat, bukan melakukan maksiat"!!!!!!!!!!
Siapakah 'dia'?
Dialah..Sultan Muhammad Al-Fateh, penakhluk kota Konstanstinopal!
Isk, beza betul saya dgn dia. Selalu kalo nak 'enjoy', saya suka bawa yaya jalan2 ke tempat2 dia suka, mcm playground, shopping mall..seronok tgk dia happy berlari ke sana ke sini. Itu belum lagi dgn hiburan2 lain, tgk youtube la movie la..iskk..patutla terasa hidup ni biasa2 je..lain dgn Sultan Muhammad Al-Fateh, misi hidupnya besar, malah sentiasa beribadat kepadaNya.
Semoga sedikit sebnyk, ada yang kita boleh belajar dari kisah beliau. Semoga Allah merahmati Sultan Muhammad Al-Fateh dan tentera2nya yg hidup dan perjuangannya hanya utk Allah dan agamaNya.