Monday, November 30, 2009

Mensyukuri musibah

.
0 comments


Sepanjang emak telah pergi, saya memanjatkan doa kepada Allah, memohon kebaikan demi kebaikan untuk emak..sehingga satu ketika saya merasa terpukul... kerana saya lupa untuk memanjatkan syukur kepada Allah...

Syukur kerana Allah tidak menguji emak dengan kesakitan yang lebih lama
Syukur kerana emak pergi dalam keadaan dia redha dengan ujian yang Allah beri
Syukur kerana emak sempat merasa sedikit senang
Syukur kerana Allah memuliakan emak pada hari ajalnya tiba
Syukur kerana saya sempat bersamanya pada penghujung usianya
Syukur kerana Allah memakbulkan doa saya agar memudahkan emak dan memberi yang terbaik untuknya

Syukur bukan bererti saya gembira dengan pemergian emak. Sedih di hati hanya Dia yang tahu. Tapi syukur beerti kita tidak lupa berterima kasih kepada Allah atas seribu satu perkara baik yang Allah beri.....disebaliknya satu perkara kurang baik (di mata kita) yang Allah timpakan kepada kita...

....dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Baqarah 216

Alhamdulillah, kini saya lebih memahami ayat ini

readmore »»

Perginya hati yang mulia

.
3 comments


Dia tidak pernah merungut, walau hidupnya selalu susah
tidak pernah ingin menyusahkan walau diri serba kekurangan
tidak pernah marah-marah, walau dia dimarahi
tidak mengata orang, walau dikelilingi mereka yang suka mengata

Dia menolong orang lain walau kudratnya kecil
Dia kuatkan semangat walau dirinya serba lemah
Dia tidak mengeluh, tidak menagis, tidak putus asa...walau dia di ambang maut
Sedang sakitnya itu berat lagi mata lain yang memandang

.....Walau berat lagi bahu yang memikul....!

Dia tetap sabar
Dia..ibuku...Supiah Bt Sario..pemilik sekeping hati yang mulia..

Ibu telah pergi dan kembali kepada penciptaNya pada 23/11/09 jam 910 pg..tanpa sempat aku menemuinya buat kali terakhir...sedang aku belum cukup mengatakan betapa aku menyayangi dia

Sampaikan sayang

Tapi aku pasti, aku bukan sepenuhnya berpisah dengan ibu. Aku masih boleh menyampaikan rasa sayangku kepadanya melalui doa-doa yang akan kukirimkan untuknya, seperti sabda Nabi s.a.w:

Apabila anak Adam meninggal, maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga perkara: shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat, anak yang soleh yang mendoakan
Hadits Riwayat Muslim.

Malah suami telah menggembirakanku apabila die berkata bahawa ‘doa’ dalam hadith itu bukan hanya doa seperti yang kita fahami, tetapi juga termasuk segala pahala yang kita dapat lalu ingin disedekahkan dan disampaikan kepada yang telah pergi. Contohnya, jika kita mendapat pahala kerana menolong orang lain, kita boleh niatkan dan memohon kepada Allah agar pahala tersebut disampaikan kepada yang telah pergi untuk manfaatnya. “Emak akan rasa pahala tu...dan emak tahu umi sayang dia”, kata suami meyakinkan aku...

Sayang Buat Emak

Setiap penulisan saya di dalam blog ini adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri, dan saya ingin kongsikan cetusan-cetusan tersebut kepada pembaca yang berkunjung, semoga manfaatnya dapat kita rasakan bersama.

Dan jika pembaca mendapat manfaat dari perkongsian saya, semoga Allah sampaikan pahala tersebut buat ibu saya, Allahyarhamah Supiah Bt Sario. Al-fatihah...(terima kasih saya ucapkan atas bacaan Al-fatihah yang disedekahkan. Semoga Allah membalasnya dengan seribu satu kebaikan, Amin)

..Semoga saya dapat terus menyayangi ibu..walau tidak dapat berjumpa...

Amin Ya Rabbal A’lamin

readmore »»

Sunday, November 29, 2009

Mencari Khadijah

.
0 comments

Sudah hampir 2 tahun saya berkahwin, dan selama itu saya melatih diri sedikit demi sedikit untuk taat dan hormat pada suami walaupun pada awalnya memang sukar..mungkin kerana latar belakang kami yang berbeza. Suami belajar agama dari kecil hingga ke Al-Azhar, sedangkan saya 5 tahun menjadi orang muda di bumi US. Syukurlah suami memberi saya ruang dan peluang untuk membaiki diri..

Apabila saya sudah mampu untuk taat dan hormat pada suami, saya kira itu sudah cukup. Tapi saya silap besar!

Siti Aisyah dan Siti Khadijah r.a adalah antara isteri Rasullullah..yang tentunya taat dan hormat kepada Nabi s.a.w. Tapi kenapa Aisyah pernah mengatakan ini:

Aku tidak pernah merasa begitu cemburu kepada seorang wanita sepeti cemburuku kepada Khadijah. Aku memang benar-benar cemburu kepadanya. Aku tidak pernah melihatnya. Namun Rasullullah selalu saja menyebut-nyebut namanya. Dia pernah menyembelih seekor kambing, lalu memotong sebahagian dagingnya dan menghadiahkannya kepada sahabat-sahabat Khadijah.


Ya, Aisyah cemburukan Khadijah kerana Rasullulah menyintai Khadijah lebih dari menyintai Aisyah. Jika kedua-duanya taat dan hormat kepada Rasullullah, mengapa Khadijah lebih dicintai? Apa yang ada pada Khadijah sehingga dia begitu istimewa di hati Junjungan kita Nabi s.a.w?

Cinta yang benar-benar cinta

Pengorbanan! Itulah yang dimiliki Khadijah..iaitu cinta yang benar-benar cinta, sehingga Khadijah ikhlas berkorban untuk suaminya. Beliau telah menghabiskan seluruh hartanya demi menolong suami dalam tugasnya menyebarkan Islam. Sehingga dari status seorang jutawan beliau menjadi papa kedana!. Ya, seluruh hartanya habis..tapi tidak hilang.....malah diganti pula dengan status ketua wanita di syurga kelak! Dan di dunia beliau mendapat cinta yang benar-benar cinta dari Rasululluah! Mengapa begitu sekali? kerana cinta Khadijah terbukti di kala Nabi dalam kesusahan, sedangkan isteri-isteri Rasullullah yang lain termasuk Aisyah bersama dengan Nabi ketika syiar Islam sudah tersebar luas. Cinta mereka ada, tapi tidak setanding dengan cinta Khadijah.

Kita boleh mengatakan yang kita akan ‘senang sama senang, dan susah sama susah’...tapi sejauhmana kita boleh mengotakannya?

Atau......adakah kita lebih cenderung membataskan pengertian tanggungjawab kepada ‘Suami mencari nafkah’ manakala ‘isteri menguruskan rumah, anak-anak, dan taat serta hormat suami’ ..and when it comes to money, kita kata ‘Duit suami duit kita, duit kita duit kitala’

Benar...tapi begitukah Siti Khadijah?

Belajar Berkorban

Saya menginsafi kecetekan pemikiran diri. Saya telah sedar bahawa seorang isteri itu tidak cukup hanya taat dan hormat.

Sepertimana saya penah menanam keazaman untuk melatih diri taat dan hormat kepada suami, begitu juga kali ini saya berazam untuk belajar berkorban.

Berkorban seperti pengorbanan Siti Khadijah!

Malah kita memang dituntut untuk menghayati erti pengorbanan sempena Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini. Tetapi cukupkan dengan hanya menghayati? Atau cukupkah berkorban dengan menumbangkan lembu dan kambing?

Apa pengorbanan kita?

Saya mengambil peluang ini untuk membetulkan diri, mematangkan pemikiran, dan meng-upgrade cinta saya pada suami. Saya ingin menjadi Siti Khadijah kepada suami saya, sebagai tanda syukur kepada Allah yang sentiasa membimbing saya melalui bimbingan suami, dan sebagai tanda cinta yang benar-benar cinta saya kepada suami. Semoga kasih sayang Allah sentiasa tercurah dan melimpah dalam rumahtangga kami.

Amin ya Rabbal A’lamin..

Mencari Khadijah

Tak mungkin saya dapat menjadi Khadijah kepada suami saya jika saya tidak mengenali Khadijah isteri Rasullullah. Untuk itu saya ke kedai buku mencari buku yang menceritakan kisah cinta dan rumahtangga Khadijah dengan Rasullullah s.a.w. Saya tertarik dengan buku penulisan Abdul Mun’im Muhammad Umar, bertajuk ‘Kisah Cinta Abadi Dua Insan Mulia - Khadijah Ummul Mukminin’...InsyaAllah saya akan menceritakan pengajaran yang saya perolehi dari pembacaan buku ini dalam penulisan akan datang..semoga kita sama-sama dapat berkongsi manfaatnya..

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat pembaca semua...

dan selamat menjadi Khadijah kepada suami masing-masing....

readmore »»

Monday, November 23, 2009

Menjadi Millionaire tanpa disedari

.
1 comments



Saya disahkan mengandung anak pertama pada Mac 2009 yang lalu. Perasaan saya? Tentunya gembira! Si comel pasti akan menceriakan hari-hari saya. Tetapi terus sahaja melintas di fikiran saya…list of new responsibilities: memandikan, mencebokkan (yang tak pernah saya lakukan) malah berjaga di tengah malam kerana dia tidak henti-henti menangis…....dan banyak lagi!

Normalnya begitu. Selain berasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita selalu associate kehadiran anak dengan tanggungjawab yang semakin bertambah, malah berbentuk bebanan pula.

Benarkah begitu?

Ya, kita biasa mengatakan anak itu nikmat dan rezeki dari Tuhan…tapi jarang kita melihat kehadiran anak sebagai satu peluang dariNya: peluang untuk kita membuat pahala. Bagaimana saya mengatakannya sebagai peluang, sedangkan kita tahu ‘jika anak membuat dosa kita turut sama menanggung dosanya’ (Oh, beban lagi!) …..Nanti dulu, pemikiran kita hanya sehala…..

Pemikiran Yang Seharusnya

Bagaimana pula jika kita melihat begini: ‘jika anak membuat pahala kita turut sama menanggung pahalanya!’ (saya hanya replace perkataan ‘dosa’ dalam ayat tadi dengan ‘pahala’..…hasilnya menarik bukan?)

Saya beri contoh: mengajar dan mendidik anak untuk bersolat. Kita tahu ia tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Tapi pernahkan kita terfikir akan mendapat pahala setiap kali anak bersolat hasil didikan kita? Setiap ilmu bermanfaat yang disebarkan (ilmu apa saja dan kepada sesiapa saja, termasuk mengajar solat kepada anak kita sendiri), kita sebenarnya melabur saham pahala yang berterusan dan tidak putus ganjarannya walaupun sudah meninggal dunia. Cuba kita kira berapa kali anak akan bersolat sepanjang hidupnya..kemudian darab pula dengan jumlah anak yang ada..terus gandakan dengan bilangan cucu (kerana dari didikan kita kepada anak-anak, mereka akan menyebarkannya kepada cucu kita pula)…cicit…dan seterusnya..(itu baru solat, belum lagi membaca Al-Quran, menghormati orang tua dan lain-lainnya)

Wow! Kita untung berlipat kali ganda!

Kalau pahala itu berbentuk duit, kita dah jadi Millionaire!

Oh, bukan itu saja…. Malah doa anak yang soleh juga menjadi saham akhirat yang berterusan kepada kita, sama seperti ilmu yang bermanfaat tadi. Pendek kata, anak menjadi ‘lubuk pahala’ (sudah tentu jika betul caranya!)

Teringat kata-kata suami saya, saham pahala sebegini amat penting, kerana ia satu-satunya ‘currency’ yang valid pada hari kita bertemu Allah nanti….. bukan dollar, bukan pound sterling apatah lagi ringgit Malaysia!

Hmm…mungkin kita perlu nilai kembali pemikiran kita…

readmore »»

Blog sebagai sumber pahala?

.
0 comments


Saya sedang membaca sebuah buku bertajuk ‘Seni Mendidik Anak’ oleh Syaikh Muhammad Said Mursi, apabila saya terbaca sebuah hadith:

Apabila anak Adam meninggal, maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga
perkara: shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat, anak yang soleh yang mendoakan. Hadits Riwayat Muslim


Saya selalu mendengar hadith ni, malah sudah seakan melekat di ingatan, tapi tidak pernah benar-benar menghargai apa yang boleh dimanfaatkan darinya. Padahal, pengajaran hadith itulah yang sebenarnya dapat menolong saya menambah pahala sesudah meninggal kelak, bila mana kita tiada lagi peluang untuk berbuat baik dan beribadat untuk selama-lamanya.

Ya, tiada peluang langsung! Kecuali melalui 3 perkara tersebut:

Bersedekah,
ilmu yang bermanfaat,
doa anak yang soleh.

Alhamdulillah, kali ini saya terdorong untuk merebut peluang ini. Peluang agar masih ada ‘sumber menjana pahala yang berterusan’ selepas saya meninggal nanti.

Kemudian saya bertanya kepada suami, bagaimana ilmu yang bermanfaat dapat menjadi pahala yang berterusan?

Suami menjawab,
Apabila kita mengajar kepada orang satu ilmu yang bermanfaat, dan orang itu
mengamalkan ilmu tersebut serta mendapat kebaikan, malah menjadi lebih baik
dengannya, sebenarnya ada saham pahala untuk dia dan kita..... semakin tersebar
ilmu tersebut, semakin tinggi saham kita, malah ia berterusan selepas kita
meninggal saaampai hari kiamat.


Oh, ini satu peluang keemasan!

Menulis untuk berkongsi manfaat



Kerana itu saya terdorong untuk menulis di blog ini. Saya akan berkongsi di sini ilmu, pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi dari kehidupan seharian. Selalunya ia perkara yang simple sahaja….tapi dilihat dari sudut pandang yang berbeza dari kebiasaannya. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada pengunjung blog ini selain mengingatkan diri saya sendiri…….Saya bukanlah seorang yang pakar, apatah lagi seorang yang sempurna, tapi saya ingin berkongsi walau sekecil-kecil pengajaran kepada pembaca semua. Semoga ia dapat menjadi saham pahala yang berterusan untuk saya, dan semoga kunjungan pembaca ke blog yang sederhana ini tidak sia-sia.

Amin Ya Robbal A’lamin

readmore »»

About