Saya sedang membaca sebuah buku bertajuk ‘Seni Mendidik Anak’ oleh Syaikh Muhammad Said Mursi, apabila saya terbaca sebuah hadith: Apabila anak Adam meninggal, maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga
perkara: shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat, anak yang soleh yang mendoakan. Hadits Riwayat Muslim
Saya selalu mendengar hadith ni, malah sudah seakan melekat di ingatan, tapi tidak pernah benar-benar menghargai apa yang boleh dimanfaatkan darinya. Padahal, pengajaran hadith itulah yang sebenarnya dapat menolong saya menambah pahala sesudah meninggal kelak, bila mana kita tiada lagi peluang untuk berbuat baik dan beribadat untuk selama-lamanya.
Ya, tiada peluang langsung! Kecuali melalui 3 perkara tersebut:
Bersedekah,
ilmu yang bermanfaat,
doa anak yang soleh.
Alhamdulillah, kali ini saya terdorong untuk merebut peluang ini. Peluang agar masih ada ‘sumber menjana pahala yang berterusan’ selepas saya meninggal nanti.
Kemudian saya bertanya kepada suami, bagaimana ilmu yang bermanfaat dapat menjadi pahala yang berterusan?
Suami menjawab, Apabila kita mengajar kepada orang satu ilmu yang bermanfaat, dan orang itu
mengamalkan ilmu tersebut serta mendapat kebaikan, malah menjadi lebih baik
dengannya, sebenarnya ada saham pahala untuk dia dan kita..... semakin tersebar
ilmu tersebut, semakin tinggi saham kita, malah ia berterusan selepas kita
meninggal saaampai hari kiamat.
Oh, ini satu peluang keemasan!
Menulis untuk berkongsi manfaat
Kerana itu saya terdorong untuk menulis di blog ini. Saya akan berkongsi di sini ilmu, pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi dari kehidupan seharian. Selalunya ia perkara yang simple sahaja….tapi dilihat dari sudut pandang yang berbeza dari kebiasaannya. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada pengunjung blog ini selain mengingatkan diri saya sendiri…….Saya bukanlah seorang yang pakar, apatah lagi seorang yang sempurna, tapi saya ingin berkongsi walau sekecil-kecil pengajaran kepada pembaca semua. Semoga ia dapat menjadi saham pahala yang berterusan untuk saya, dan semoga kunjungan pembaca ke blog yang sederhana ini tidak sia-sia.
Amin Ya Robbal A’lamin
-
0 comments
Post a Comment