Sudah hampir 2 tahun saya berkahwin, dan selama itu saya melatih diri sedikit demi sedikit untuk taat dan hormat pada suami walaupun pada awalnya memang sukar..mungkin kerana latar belakang kami yang berbeza. Suami belajar agama dari kecil hingga ke Al-Azhar, sedangkan saya 5 tahun menjadi orang muda di bumi US. Syukurlah suami memberi saya ruang dan peluang untuk membaiki diri..
Apabila saya sudah mampu untuk taat dan hormat pada suami, saya kira itu sudah cukup. Tapi saya silap besar!
Siti Aisyah dan Siti Khadijah r.a adalah antara isteri Rasullullah..yang tentunya taat dan hormat kepada Nabi s.a.w. Tapi kenapa Aisyah pernah mengatakan ini:Aku tidak pernah merasa begitu cemburu kepada seorang wanita sepeti cemburuku kepada Khadijah. Aku memang benar-benar cemburu kepadanya. Aku tidak pernah melihatnya. Namun Rasullullah selalu saja menyebut-nyebut namanya. Dia pernah menyembelih seekor kambing, lalu memotong sebahagian dagingnya dan menghadiahkannya kepada sahabat-sahabat Khadijah.
Ya, Aisyah cemburukan Khadijah kerana Rasullulah menyintai Khadijah lebih dari menyintai Aisyah. Jika kedua-duanya taat dan hormat kepada Rasullullah, mengapa Khadijah lebih dicintai? Apa yang ada pada Khadijah sehingga dia begitu istimewa di hati Junjungan kita Nabi s.a.w?
Cinta yang benar-benar cinta
Pengorbanan! Itulah yang dimiliki Khadijah..iaitu cinta yang benar-benar cinta, sehingga Khadijah ikhlas berkorban untuk suaminya. Beliau telah menghabiskan seluruh hartanya demi menolong suami dalam tugasnya menyebarkan Islam. Sehingga dari status seorang jutawan beliau menjadi papa kedana!. Ya, seluruh hartanya habis..tapi tidak hilang.....malah diganti pula dengan status ketua wanita di syurga kelak! Dan di dunia beliau mendapat cinta yang benar-benar cinta dari Rasululluah! Mengapa begitu sekali? kerana cinta Khadijah terbukti di kala Nabi dalam kesusahan, sedangkan isteri-isteri Rasullullah yang lain termasuk Aisyah bersama dengan Nabi ketika syiar Islam sudah tersebar luas. Cinta mereka ada, tapi tidak setanding dengan cinta Khadijah.
Kita boleh mengatakan yang kita akan ‘senang sama senang, dan susah sama susah’...tapi sejauhmana kita boleh mengotakannya?
Atau......adakah kita lebih cenderung membataskan pengertian tanggungjawab kepada ‘Suami mencari nafkah’ manakala ‘isteri menguruskan rumah, anak-anak, dan taat serta hormat suami’ ..and when it comes to money, kita kata ‘Duit suami duit kita, duit kita duit kitala’
Benar...tapi begitukah Siti Khadijah?
Belajar Berkorban
Saya menginsafi kecetekan pemikiran diri. Saya telah sedar bahawa seorang isteri itu tidak cukup hanya taat dan hormat.
Sepertimana saya penah menanam keazaman untuk melatih diri taat dan hormat kepada suami, begitu juga kali ini saya berazam untuk belajar berkorban.
Berkorban seperti pengorbanan Siti Khadijah!
Malah kita memang dituntut untuk menghayati erti pengorbanan sempena Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini. Tetapi cukupkan dengan hanya menghayati? Atau cukupkah berkorban dengan menumbangkan lembu dan kambing?
Apa pengorbanan kita?
Saya mengambil peluang ini untuk membetulkan diri, mematangkan pemikiran, dan meng-upgrade cinta saya pada suami. Saya ingin menjadi Siti Khadijah kepada suami saya, sebagai tanda syukur kepada Allah yang sentiasa membimbing saya melalui bimbingan suami, dan sebagai tanda cinta yang benar-benar cinta saya kepada suami. Semoga kasih sayang Allah sentiasa tercurah dan melimpah dalam rumahtangga kami.
Amin ya Rabbal A’lamin..
Mencari Khadijah
Tak mungkin saya dapat menjadi Khadijah kepada suami saya jika saya tidak mengenali Khadijah isteri Rasullullah. Untuk itu saya ke kedai buku mencari buku yang menceritakan kisah cinta dan rumahtangga Khadijah dengan Rasullullah s.a.w. Saya tertarik dengan buku penulisan Abdul Mun’im Muhammad Umar, bertajuk ‘Kisah Cinta Abadi Dua Insan Mulia - Khadijah Ummul Mukminin’...InsyaAllah saya akan menceritakan pengajaran yang saya perolehi dari pembacaan buku ini dalam penulisan akan datang..semoga kita sama-sama dapat berkongsi manfaatnya..
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat pembaca semua...
dan selamat menjadi Khadijah kepada suami masing-masing....
-
0 comments
Post a Comment