Sepanjang emak telah pergi, saya memanjatkan doa kepada Allah, memohon kebaikan demi kebaikan untuk emak..sehingga satu ketika saya merasa terpukul... kerana saya lupa untuk memanjatkan syukur kepada Allah...Syukur kerana Allah tidak menguji emak dengan kesakitan yang lebih lama
Syukur kerana emak pergi dalam keadaan dia redha dengan ujian yang Allah beri
Syukur kerana emak sempat merasa sedikit senang
Syukur kerana Allah memuliakan emak pada hari ajalnya tiba
Syukur kerana saya sempat bersamanya pada penghujung usianya
Syukur kerana Allah memakbulkan doa saya agar memudahkan emak dan memberi yang terbaik untuknya
Syukur bukan bererti saya gembira dengan pemergian emak. Sedih di hati hanya Dia yang tahu. Tapi syukur beerti kita tidak lupa berterima kasih kepada Allah atas seribu satu perkara baik yang Allah beri.....disebaliknya satu perkara kurang baik (di mata kita) yang Allah timpakan kepada kita.......dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Baqarah 216
Alhamdulillah, kini saya lebih memahami ayat ini
-
0 comments
Post a Comment