Saya disahkan mengandung anak pertama pada Mac 2009 yang lalu. Perasaan saya? Tentunya gembira! Si comel pasti akan menceriakan hari-hari saya. Tetapi terus sahaja melintas di fikiran saya…list of new responsibilities: memandikan, mencebokkan (yang tak pernah saya lakukan) malah berjaga di tengah malam kerana dia tidak henti-henti menangis…....dan banyak lagi!
Normalnya begitu. Selain berasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita selalu associate kehadiran anak dengan tanggungjawab yang semakin bertambah, malah berbentuk bebanan pula.
Benarkah begitu?
Ya, kita biasa mengatakan anak itu nikmat dan rezeki dari Tuhan…tapi jarang kita melihat kehadiran anak sebagai satu peluang dariNya: peluang untuk kita membuat pahala. Bagaimana saya mengatakannya sebagai peluang, sedangkan kita tahu ‘jika anak membuat dosa kita turut sama menanggung dosanya’ (Oh, beban lagi!) …..Nanti dulu, pemikiran kita hanya sehala…..
Pemikiran Yang Seharusnya
Bagaimana pula jika kita melihat begini: ‘jika anak membuat pahala kita turut sama menanggung pahalanya!’ (saya hanya replace perkataan ‘dosa’ dalam ayat tadi dengan ‘pahala’..…hasilnya menarik bukan?)
Saya beri contoh: mengajar dan mendidik anak untuk bersolat. Kita tahu ia tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Tapi pernahkan kita terfikir akan mendapat pahala setiap kali anak bersolat hasil didikan kita? Setiap ilmu bermanfaat yang disebarkan (ilmu apa saja dan kepada sesiapa saja, termasuk mengajar solat kepada anak kita sendiri), kita sebenarnya melabur saham pahala yang berterusan dan tidak putus ganjarannya walaupun sudah meninggal dunia. Cuba kita kira berapa kali anak akan bersolat sepanjang hidupnya..kemudian darab pula dengan jumlah anak yang ada..terus gandakan dengan bilangan cucu (kerana dari didikan kita kepada anak-anak, mereka akan menyebarkannya kepada cucu kita pula)…cicit…dan seterusnya..(itu baru solat, belum lagi membaca Al-Quran, menghormati orang tua dan lain-lainnya)
Wow! Kita untung berlipat kali ganda!
Kalau pahala itu berbentuk duit, kita dah jadi Millionaire!
Oh, bukan itu saja…. Malah doa anak yang soleh juga menjadi saham akhirat yang berterusan kepada kita, sama seperti ilmu yang bermanfaat tadi. Pendek kata, anak menjadi ‘lubuk pahala’ (sudah tentu jika betul caranya!)
Teringat kata-kata suami saya, saham pahala sebegini amat penting, kerana ia satu-satunya ‘currency’ yang valid pada hari kita bertemu Allah nanti….. bukan dollar, bukan pound sterling apatah lagi ringgit Malaysia!
Hmm…mungkin kita perlu nilai kembali pemikiran kita…
-
1 comment
kak umi tgh pregnant ke skg? congrats! -nida-
Post a Comment