Tuesday, December 1, 2009

Mencorakkan kain putih

.


"Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah dan kedua orang tuanyalah yang meyahudikan, atau mengkristiankan, atau memajusikannya."

Membaca hadith di atas, teringat saya pada kata-kata seorang sahabat yang tinggi ilmu, semangat dan pengalamannya, Kak Gayah. Menurutnya, jika seorang kafir memeluk Islam, dia bukanlah ‘convert’ kepada Islam, tetapi istilah ‘revert’ lebih tepat. Kenapa? Kerana sejak alam roh lagi, kita semua adalah Muslim. Kita mengaku bahawa Allah adalah Tuhan kita.

Saya berbincang dengan suami berkenaan perkara ini. Menurut suami, setiap kita lahir dalam keadaan fitrah, ertinya seperti kain putih, kosong, bersih…yang belum tercorak apa-apa di atasnya. Atau boleh diistilahkan sebagai ‘neutral’. Mengapa? Kerana Allah ingin bersikap adil kepada setiap manusia, iaitu setiap dari kita bermula dengan permulaan yang sama…kain putih yang belum tercorak itu.

Kemudian suami bertanya, Apa sebenarnya yang ingin disampaikan dalam hadith itu?

Saya terkejut. Saya fikir penjelasan bahawa Allah itu Maha Adil sudah cukup menjadi intisari hadith di atas. Rupanya Allah ingin menyampaikan pengajaran yang lebih penting, iaitu betapa besarnya peranan ibu bapa dalam ‘mencorakkan’ anak yang lahir itu.

Menurut suami, anak-anak kita insyaAllah tidak akan bertukar agama menjadi Yahudi, Kristian atau Majusi. Tetapi, pemikiran mereka mungkin dipengaruhi oleh budaya hedonism, materialism, individualism, feminism dll, yang dimomokkan oleh Barat dan kaum liberal.

Memperluaskan pemahaman

Maka, skop pemahaman kita terhadap hadith ini perlu diperluaskan, sesuai dengan keadaan sekarang ini. Walaupun anak kita seorang Muslim, tapi kita sebagai ibu bapanyalah yang mencorakkan pemikirannya, sikapnya, jiwa dan rohaninya. Hasil peranan ibu bapalah yang menentukan samada anak itu :

lebih suka menghadiri kuliah agama…..atau bergelumang maksiat di pusat-pusat hiburan…
lebih suka menolong orang lain…..atau bersikap mementingkan diri sendiri….
lebih bersikap humble….atau seorang yang sombong bongkak. ..

Subhanallah….satu hadith yang cukup mendalam maknanya untuk renungan kita sebagai ibu bapa…

2 comments

Baizura Zain said...

oh mama aliya..

Blog kamu lagi mengancam dari saya! ahaks..

Saya doakan kamu selamat melahirkan aliya attafunnisa..

Rifqi tengah tunggu aliya ni.. nak menyusu sama-sama.. (^_~)v

Bersama Yeop said...

saya ambik artikel ni leh..nak masuk dalam blog saya..http://blogyeop.blogspot.com
ta

Post a Comment

About