Sunday, October 28, 2012

Umur 19 tahun

.
1 comments

Sy cuba kenang2 balik, apa yg sy buat ms umur 19 tahun? Kalau tak silap, time tu sedang bljr di Intec Shah Alam, buat persediaan utk bljr ke us. Masa tu, cuma belajar (dan bercinta huhu)..dunia remaja yg biasa/typical. Takde langsung nak fikir dan bergerak utk ummah. Pemikiran cetek dan hanya focus pada cita2. Terasa ruginya, bila dikenang semula. Sy sgt berharap, jgnla yaya dan adik2nya jadi mcm sy. Sy mahu dia ada cita2 yg lebih besar, menjadi pendukung agama pada zamannya nanti. Sepertinya Sultan Muhammad Al-Fateh. MasyaAllah, beza betul sy dgn dia. Pada usia 19 tahun, beliau sudah memimpin barisan tentera dan berjaya menawan Kota Konstantinopal yang menjadi kemegahan Kristian Ortodox. Usahanya bukan sedikit, malah keazamannya begitu kuat sejak kecil lg. Sgt tersentuh bila membaca buku tentang sejarah beliau, dan kemudian melihat video ini. Bukan mudah, bukan sedikit usaha dilakukan bagi berjaya dlm peperangan tu. Semuanya demi menegakkan syiar Islam. meneruskan perjuangan Rasulullah. Tapi sedih, masyarakat Islam pada hari ini lebih byk menjunjung dan meniru musuhnya. Pemikiran, keutamaan, pemakaian, cara hidup. Termasuk sy sendiri. Astaghfirullah.. Aku memohon keampunanMu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun. Bimbinglah kami sepertimana Kau telah membimbing hamba2 Mu yang mulia di sisiMu, Amin..

readmore »»

Berapa markah sy?

.
0 comments

Tadi, di satu kedai sy terlihat rancangan tv. Tak perasan rancangan apa atau tv apa, tp yg sdg dipaparkan ialah kisah benar seorg wanita muda. Dia OKU, entah bagaimana tapi dia terbiar, sehingga ada pihak menjadikannya peminta sedekah. Dirogol sehingga melahirkan anak. Kini dia duduk di rumah org2 OKU. Kesian melihat kisahnya.

Waktu itu, sy teringat diri sendiri. Bagaimana nasib dan jalan hidup sy sgt sgt baik jika nak di banding dgn kisah dia. Allah mentakdirkannya. Sungguh, terasa baik betul Allah kepada sy. Tapi, adakah sy sudah membalas kebaikan itu dengan sepatutnya? Sy terfikir, takkan dengan takdir yg baik ini, sy hanya patut hidup biasa2 aja..kerja, balik keje urus rumah tangga, tgk tv, berehat, tido, then esok rutin yg sama..weekend mungkin jln2, shopping, atau balik kg..skrg ini sy masih tidak contribute kepada ummah, tidak cukup belajar agama, iman dan amal sgt cetek dan sikit, sedangkan fizikal sy sempurna dan ada kerja yg ok..

Sy menjadi takut bila terkenang kata2 bahawa nikmat itu juga satu ujian. Susah dan senang dalam hidup ini kedua2nya ujian. Allah ingin melihat bagaimana kita menghadapinya dan dari situ kita akan dpt "markah" kita. Ya Allah, semoga masih belum terlambat utk sy berbuat sesuatu.

readmore »»

Waktu dia, waktu kita

.
0 comments

Semalam, Allah mengizinkan sy melawatnya pada pukul 12 lebih. Di fakulti, surau penuh dengan sahabat2 yang melakukan solat hajat buat beliau selepas solat zuhur. Habis sj solat hajat, jemaah di maklumkan, yg kak Siti Rohana baru saja kembali ke rahmatullah...Alfatihah..

Melihatnya di wad ICU itu, sy terkenang diri sendiri. Satu masa nanti, semua org pun akan menemui ajal, termasuk diri sy sendiri. Masa tu, adakah sy sudah bersedia? atau adakah hanya bekalan dosa yg ada..apa sumbangan sy kepada agama..bagaimana anak2 sy, adakah membaca ayat2 suci AlQuran mendoakan sy atau hanya duduk di sisi menangis meratapi sy yg nazak?

Hidup ini nampak penting utk di kejar dunianya...mengumpul harta, naik pangkat, naik gaji, jalan2 sana sini..tp bila tiba saat itu, semuanya ditinggalkan tiada makna..harta yg dikejar siang dan malam sudah tiada erti..sy terfikir, kan lebih baik kalau pada waktu malam dan weekend dpt dipenuhkan dengan mengumpul bekalan buat saat itu..cukup2lah mencari rezeki pada siang hari..jika rezeki byk tp tak diguna buat menderma, buat menghadiri majlis2 yg mengingatkan kita pada Allah..maka tiada guna. Malah takut apa nanti nak jwb bila Allah tanya, rezeki yg Dia bg tu kita buat apa..

Sy muhasabah diri sendiri, kerana sy sendiri byk menghabiskan masa dengan sia2. Semoga Allah beri kekuatan kepada sy, kepada kita semua, utk memperbaiki diri, semoga kita menemui saat itu tanpa seribu satu penyesalan..pada masa dan rezeki yg dihabiskan dgn sia2. Amin..

readmore »»

Super cool woman!

.
0 comments

Ketika Tawakul Karman seorang wartawan dan ahli politik dari Yaman juga Penerima Anugerah Nobel untuk kategori Keamanan pada tahun 2011 ditanya mengapa beliau berpakaian kolot dengan Hijab dan sebagainya, yang dilihat tidak selari dengan keintelektualannya. Lalu jawabnya,

"Manusia di zaman lampau hampir tidak berpakaian langsung. Apabila semakin maju, manusia mula berpakaian. Apa yang saya pakai hari ini melambangkan perkembangan pemikiran dan peradaban yang terbaik manusia telah capai. Sebaliknya, tidak berpakaian sebenarnya yang kolot dan kembali ke zaman purba."

Jawapan yg super cool !!! :)

readmore »»

Menghadapi Tension

.
0 comments

Assalamu'alaikum sahabat2. Mari mulakan pagi dengan senyuman dan syukur kepadaNya :)

Pagi2 lagi dah tension/sedeh? Teringat sy talk yg disampaikan oleh seorg ustaz di radio IKIM. Katanya, kalau kita ada masalah, atau sedeh, tensen, sakit dsb, cepat2 ingat Allah dan berdoa kepadaNya. Kemudian kita katakan kepada masalah tu, 'wahai masalah, aku ada Tuhan Yang Maha Besar, yang boleh tlg aku selesaikan masalah ni'..insyaAllah jika kita ckp dr hati, Allah dengan mudah memberi kita ilham/cara utk selesai masalah tu, atau utk buat kita happy semula. Kan Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana :)

Semoga prestasi kita sbg hamba dan khalifahNya lebih baik hr ini dari sebelumnya, Amin ~~

readmore »»

Kisah benar, pengajaran buat kita..

.
0 comments

Sultan Muhammad Al-Fateh terkenal sbg seorg yg warak dan suka beribadat kepada Allah. Persoalannya, adakah beliau memang sukakan agama sejak kecil?

Ada satu lagi pengajaran yang berguna dari kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk kota Konstantinopal. Ceritanya begini.

Sejak kecil beliau dibiarkan bermain dengan rakan2 sebayanya sehingga orang takkan tahu dia anak seorg sultan. Setiap kali dtg seorg ulama yg ditugaskan oleh ayahandanya utk ajar beliau agama, dia akan buat tak endah dan tak mahu belajar agama. Beberapa ulama dilantik tetapi gagal. Beliau semakin suka bermain. Akhirnya, ayahandanya Sultan Murad melantik seorg ulama yg terkenal dgn garang dan tegasnya. Apabila Sultan Muhammad Al-Fateh degil tidak mahu belajar agama, ulama ini akan rotan beliau di kaki. Akhirnya beliau merasa serik, dan mahu belajar agama. Malah belajar dengan bersungguh2 kerana di ajar oleh seorg ulama yg bijak menimbulkan semangatnya utk berjihad. Hingga akhirnya dia menjadi seorg yg sgt cintakan beribadat kepadaNya dan berjuang utk agamaNya.

Saya rs point penting di sini, ialah: sukakan agama pada anak belum tentu dtg secara semulajadi. Tapi dgn izin Allah peranan ibu bapa la yang boleh menukar seorg anak dr suka bermain kepada suka agama. Tidak semestinya anak itu dirotan, itu mungkin jalan penyelesaian terakhir. Tapi kisah ini mengajar kita tentang perlunya ibu bapa melakukan sesuatu demi menyelamatkan anak dr leka kepada dunia kepada cintakan Allah.

Kisah ini amat berbekas kepada diri sy. Sy tidak boleh impikan yaya menjadi anak yg solehah, tanpa sy dan suami berusaha dan berdoa bersungguh2 cuba membentuknya begitu. Maka sy kene pk, macamana caranya supaya dia sukakan agama sejak kecil. Contohnya, selalu pasangkan bacaan Al-Quran dan nasyid2, selalu bawa dia ke masjid dengar ceramah2 agama, sekolahkan dia di sekolah yg pentingkan agama, bercakap dengan dia tentang Allah sejak dia kecil lagi dll. Budak sekecil dia, jgn disangka terlalu kecil utk diajak berckp tentang Allah. Sambil main buaian, apabila burung lalu saya selalu beritahu dia, Allah yg cipta burung tu. Saya suka cerita begitu. Satu hari, sy nak hantar dia ke sekolah. Nampak matahari cantik baru nak keluar. Saya tanya dia, siapa cipta matahari tu? Cepat je keluar dari mulut dia "Allah". Sy terkejut juga, alhamdulillah dia faham juga apa yg sy ceritakan selalu tu.

Skrg sy kene buat macam2 lagi secara aktif dan kerap, moga2 dgn izin Allah dia jadi anak yg solehah, harta sebenar sy, Amin. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

readmore »»

Siapakah dia?

.
0 comments

Jom fikir2, 'apa yg kita selalu buat utk menhappykan diri kita?' Tgk movie ke, shopping ke, jumpa kawan ke, masak ke,...'Kalau kita tension, ataupun penat melakukan kerja, bagaimana cara kita take a break or release tension?'

Apabila musuh menghantar serombongan penari2 dan penyanyi2 yang cantik utk menghiburkannya bersama hadiah2 termasuk emas, intan, dan berlian, 'dia' menjawab: "Saya tidak tertarik dengan hiburan yang melalaikan. Kenikmatan bagi saya adalah apabila beramal ibadat, bukan melakukan maksiat"!!!!!!!!!!

Siapakah 'dia'?

Dialah..Sultan Muhammad Al-Fateh, penakhluk kota Konstanstinopal!

Isk, beza betul saya dgn dia. Selalu kalo nak 'enjoy', saya suka bawa yaya jalan2 ke tempat2 dia suka, mcm playground, shopping mall..seronok tgk dia happy berlari ke sana ke sini. Itu belum lagi dgn hiburan2 lain, tgk youtube la movie la..iskk..patutla terasa hidup ni biasa2 je..lain dgn Sultan Muhammad Al-Fateh, misi hidupnya besar, malah sentiasa beribadat kepadaNya.

Semoga sedikit sebnyk, ada yang kita boleh belajar dari kisah beliau. Semoga Allah merahmati Sultan Muhammad Al-Fateh dan tentera2nya yg hidup dan perjuangannya hanya utk Allah dan agamaNya.

readmore »»

yaya, babah, and Quran

.
0 comments

From FB babah:

Malam tadi giliran sy ajar yaya buku 'Furqan'. Tp dia spt biasa nak main2 dlu. Jadi sambil menuggunya sy baca Quran dlu. Tiba2 yaya berhenti bermain dan berkata 'adik nak read Quran like babah'.

Dia terus ambil Quran sy, menyelak satu-satu mukasuratnya dan membaca surah yg dia hafal spt fatihah & 3 Qul (pelat2 sikit).

PENGAJARAN : dari senario di atas sy fahami, benar betul kata Nabi yg anak2 ini asalnya FITRAH. bersih dan suci. Kitalah yg mencorakkannya. Dan selalunya corak yg kita letakkan itu mereka terima secara tak langsung, bukannya langsung.

Jika mereka lihat kita selalu baca Quran dan buku, mereka pun mudah minat quran dan buku. Jika kita selalu menonton TV, jgn marah klu mereka juga begitu sbb kitalah yg 'mengajar'nya.

Sekadar sharing utk renungan. Moga kita dpt mengambil sisi positifnya, Amin.

readmore »»

Jika x gemar baca buku, cubalah yang satu ini ;)

.
0 comments

Honestly, sy tidakla rajin membaca buku. But, seriously, this book has totally captured my interest. Sangat2 best!! rasa mcm nak amik cuti sehari just to finish reading it! Every single chapter makes me wanting to know and read more. Highly recommended!!!!!

readmore »»

Macamana nak buat bila anak kecil tidak mahu belajar Quran?

.
1 comments

Malam td, pertama kali yaya kene bljr Furqan balik stlh 3-4-5 bulan mama dia x buka buku. Reaksi dia? Sangat taknak! Sebaliknya dia pergi amik buku lain, ajak baca buku yg die pilih tu. Sblm ni dia dah kenal huruf hijaiyah dan hampir nak katam buku Furqan 1. Dulu masa di NZ x sesusah ini mengajak dia baca Furqan. Hmm, mmg salah mama dia sbb dah lama biarkan buku Furqan tu terperap sampai yaya pun dah x minat. Tapi sy berazam, malam td mesti pulakan semula, mahu atau tidak.

Mula2 sy terdiam, macamana nak buat ni..dah di pujuk pun, dia masih takmau buku Furqan tu. Akhirnya teringat tips dari Puan Lina semasa kursus beliau. Katanya, jika anak tidak mahu belajar Quran, jangan di marah apatah lagi kita meninggi suara. Sbb nanti dia x suka pulak dgn Quran tu. sedangkan kita nak dia cintakan Quran. Tadi pun sy br terbaca nota dari Prof Dr Rozieta Shaary, katanya "Jika anda cepat marah dengannya (anak), maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah.."

Jadi, cara yg dicadangkan oleh Puan Lina ialah, kita 'buat dono' kat budak2 ni, sampaila dia nak baca Furqan/Quran tu. OK, sy tak penah benar2 buat mcm ni, sbb selalunya mudah kesian kat yaya. Tapi mlm td mmg cekalkan hati, dia ajak borak sy bolayan, dia nak susu pun sy diamkan aja (sy tau dia bukan nak susu benar, tp dia tahu mama akan ikut ckp dia kalau bab susu)..mcm2 caranya utk tarik perhatian sy, sampai ada jugak sy nak tergelak dgn lawaknya, tp cover muka dgn Quran (masa tu sy baca Quran)

Setelah 10-15 minit, akhirnya dia dtg kat saya, kata nak baca Furqan...alhamdulillah, syukur sy. Menjadi jugak teknik ni hehe. Bersungguh2 die bljr, tp lps 5-6 page, die kate 'dah' hehe..it's ok la, yg penting dia mahu juga akhirnya.

Tapi saya dpt satu good lesson: macamana caranya, bila dia tanak ikut ckp sy, and akhirnya dia akan ikut juga tanpa sy perlu marah2 :)

readmore »»

Teknik mengajar Al-Quran pada bayi dan kanak2 by Puan Lina Karim

.
0 comments

Kali ni sy nak share plak langkah2/teknik nak mengajar Al-Quran pada bayi dan kanak2 mengikut teknik Puan Lina Karim (bagi yang x kenal beliau, utk pengetahuan, anak2 beliau (Darwish dan Darwisya) berjaya menghafal juz amma dan surah2 pilihan seawal umur 3-4 tahun, malah pandai membaca AlQuran bukan setakat menghafal).

Berikut ialah teknik yg digunakan oleh Puan Lina Karim: 1) kenalkan huruf hijaiyah kepada anak dgn menggunakan flashcard (alif ba ta). Masa ni, kalau anak kita baby atau kecil lg, ibu2 jgn putus asa kalau reaksi anak hanya merenyuk card tu..sbnarnya mereka serap information tu..bak kata Puan Lina, mengajar AlQuran pada mereka ini ibarat 'tanam tanam tanam, tuai later'..but one day, buahnya akan keluar je, and time tu kita sgt2 happy dan bersyukur that we did all this.

2) setelah anak kenal huruf, ajar mereka dgn buku Al-Furqan pula (Puan Lina guna buku 1,2, dan 3 saja)..buku 1 dan 2 ok sikit..tp buku 3 susah sbb huruf2 hijayah tu dah bersambung..yg ni kene attend kursus lanjutan beliau. Tapi bila buku, cabarannya lebih. sbb budak lagi susah nak focus utk duduk ngadap buku. Tapi pengalaman sy, insyaAllah mereka akan pandai dari page ke page..so buat aja

3) selepas habis buku ke 3 Al-Furqan, suruh pula mereka baca Al-Quran yg sebenar. Mulakan dgn surah2 pendek (seperti Annas, Ikhlas etc). Tapi jgn bg AL-Quran pd mereka. Confirm koyak. Sebaliknya, fotostat Al-Quran tu, dan suruh mereka baca.

4) Apabila mereka dah boleh baca Quran, walaupun merangkak2, maka mereka sudah sgt sesuai utk menghafal. Dan menurut Al-Quran, mereka akan sgt mudah menghafal kerana telah mendengar bacaan Al-Quran selalu (sebelum tido, semasa bermain, dlm kete etc)

InsyaAllah anak2 kita ni boleh membaca dan menghafal Al-Quran, pokok pangkalnya kesungguhan kita sendiri..semoga Allah membantu kita utk menjadikan anak2 kita cintakan Al-Quran, Amin

readmore »»

Jom fitrahkan anak2 dengan Al-Quran sejak mereka kecil!!!

.
0 comments

Alhamdulillah, dpt jugak akhirnya attend "kursus mengajar Al Quran pd bayi dan kanak2" yg dianjurkan oleh Puan Lina Karim. Sangat sangat best dan memberi motivasi!!! Nak share sikit ilmu tersebut di sini.

- Sangat sangat penting masukkan Al-Quran dlm diri anak2 dr mereka kecil lg sebelum masuknya pengaruh lain seperti hiburan, karton, dsb..Al-Quran yang diterapkan itu nanti dgn sendirinya akan jadi filter dalaman anak2..dgn sendirinya mereka takkan suka tgk benda2 lagha yang 'membingitkan'..<--sy sgt percaya ini, sbb terjadi pada yaya sendiri..dari awal sy tak bagi die tgk karton, sampai skrg die mmg tak minat tgk karton especially katon2 yg merepek2 tu..even upin ipin pun die x minat..tapi nasyid2, zikir2, die mmg suka n byk dah hafal..alhamdulillah..cuma skrg ni mama die kene lebih focus masukkan Al-Quran plak. Yosh!!!! (tgh semangat ni hehe)

- macamana nk 'masukkan AL-Quran' dlm diri anak2? (1) masa anak nak tido, pasangkan alunan AlQuran secara perlahan (jadi mcm soft background music) tiap2 hari <-- dah pun beli radio for this..semangat semangat hihi!!!, (2) masa anak2 main di rumah, pun psgkan Al-Quran di tv (or computer ke radio ke) sbg soft background music..(3) jgn buka rancangan tv/radio yg berbentuk "noise". Hanya psg yg benar2 educational saja. Especially karton, elakkan. Dlm kereta pun sama.

- Tentang kaedah camne nak ajar mereka Quran, insyaAllah sy share later. Better if kwn2 dpt pergi ke kursus tu utk dgr sendiri dr Puan Lina. Paling asas ialah perkara yg sy tulis di atas, jadi at least, jom kita mulakan dgn itu dulu.

Anak2 kita dari syurga, maka tanggungjwb kita utk menghantar mereka ke syurga semula. Skrg ni terlalu byk pengaruh tak baik berleluasa, dan tanpa kita sedar, kita sendiri yg "menjemput" dan membenarkan pengaruh itu mempengaruhi anak2..cthnya dgn membiarkan mereka tgk katon, tgk rancangan2 lagha, hiburan dll. Sy sgt percaya, jika dibiarkan pengaruh2 itu masuk dlm diri mereka terlebih dahulu sblm pengaruh Al-Quran dan agama, maka susah utk dibentuk semula anak itu nanti, walaupun kita masukkan die ke sekolah agama/tahfiz bila dah menengah, hasilnya takkan sama dgn kita memasukkan kalam Allah itu ketika mereka masih suci ibarat kain putih.

Semoga bermanfaat. Terima kasih Allah, yang memberikan motivasi ini!

readmore »»

About