Sy cuba kenang2 balik, apa yg sy buat ms umur 19 tahun? Kalau tak silap, time tu sedang bljr di Intec Shah Alam, buat persediaan utk bljr ke us. Masa tu, cuma belajar (dan bercinta huhu)..dunia remaja yg biasa/typical. Takde langsung nak fikir dan bergerak utk ummah. Pemikiran cetek dan hanya focus pada cita2. Terasa ruginya, bila dikenang semula. Sy sgt berharap, jgnla yaya dan adik2nya jadi mcm sy. Sy mahu dia ada cita2 yg lebih besar, menjadi pendukung agama pada zamannya nanti. Sepertinya Sultan Muhammad Al-Fateh. MasyaAllah, beza betul sy dgn dia. Pada usia 19 tahun, beliau sudah memimpin barisan tentera dan berjaya menawan Kota Konstantinopal yang menjadi kemegahan Kristian Ortodox. Usahanya bukan sedikit, malah keazamannya begitu kuat sejak kecil lg. Sgt tersentuh bila membaca buku tentang sejarah beliau, dan kemudian melihat video ini. Bukan mudah, bukan sedikit usaha dilakukan bagi berjaya dlm peperangan tu. Semuanya demi menegakkan syiar Islam. meneruskan perjuangan Rasulullah. Tapi sedih, masyarakat Islam pada hari ini lebih byk menjunjung dan meniru musuhnya. Pemikiran, keutamaan, pemakaian, cara hidup. Termasuk sy sendiri. Astaghfirullah.. Aku memohon keampunanMu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun. Bimbinglah kami sepertimana Kau telah membimbing hamba2 Mu yang mulia di sisiMu, Amin..
-
1 comment
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment