Sunday, October 28, 2012

Teknik mengajar Al-Quran pada bayi dan kanak2 by Puan Lina Karim

.

Kali ni sy nak share plak langkah2/teknik nak mengajar Al-Quran pada bayi dan kanak2 mengikut teknik Puan Lina Karim (bagi yang x kenal beliau, utk pengetahuan, anak2 beliau (Darwish dan Darwisya) berjaya menghafal juz amma dan surah2 pilihan seawal umur 3-4 tahun, malah pandai membaca AlQuran bukan setakat menghafal).

Berikut ialah teknik yg digunakan oleh Puan Lina Karim: 1) kenalkan huruf hijaiyah kepada anak dgn menggunakan flashcard (alif ba ta). Masa ni, kalau anak kita baby atau kecil lg, ibu2 jgn putus asa kalau reaksi anak hanya merenyuk card tu..sbnarnya mereka serap information tu..bak kata Puan Lina, mengajar AlQuran pada mereka ini ibarat 'tanam tanam tanam, tuai later'..but one day, buahnya akan keluar je, and time tu kita sgt2 happy dan bersyukur that we did all this.

2) setelah anak kenal huruf, ajar mereka dgn buku Al-Furqan pula (Puan Lina guna buku 1,2, dan 3 saja)..buku 1 dan 2 ok sikit..tp buku 3 susah sbb huruf2 hijayah tu dah bersambung..yg ni kene attend kursus lanjutan beliau. Tapi bila buku, cabarannya lebih. sbb budak lagi susah nak focus utk duduk ngadap buku. Tapi pengalaman sy, insyaAllah mereka akan pandai dari page ke page..so buat aja

3) selepas habis buku ke 3 Al-Furqan, suruh pula mereka baca Al-Quran yg sebenar. Mulakan dgn surah2 pendek (seperti Annas, Ikhlas etc). Tapi jgn bg AL-Quran pd mereka. Confirm koyak. Sebaliknya, fotostat Al-Quran tu, dan suruh mereka baca.

4) Apabila mereka dah boleh baca Quran, walaupun merangkak2, maka mereka sudah sgt sesuai utk menghafal. Dan menurut Al-Quran, mereka akan sgt mudah menghafal kerana telah mendengar bacaan Al-Quran selalu (sebelum tido, semasa bermain, dlm kete etc)

InsyaAllah anak2 kita ni boleh membaca dan menghafal Al-Quran, pokok pangkalnya kesungguhan kita sendiri..semoga Allah membantu kita utk menjadikan anak2 kita cintakan Al-Quran, Amin

0 comments

Post a Comment

About