Sunday, October 28, 2012

Macamana nak buat bila anak kecil tidak mahu belajar Quran?

.

Malam td, pertama kali yaya kene bljr Furqan balik stlh 3-4-5 bulan mama dia x buka buku. Reaksi dia? Sangat taknak! Sebaliknya dia pergi amik buku lain, ajak baca buku yg die pilih tu. Sblm ni dia dah kenal huruf hijaiyah dan hampir nak katam buku Furqan 1. Dulu masa di NZ x sesusah ini mengajak dia baca Furqan. Hmm, mmg salah mama dia sbb dah lama biarkan buku Furqan tu terperap sampai yaya pun dah x minat. Tapi sy berazam, malam td mesti pulakan semula, mahu atau tidak.

Mula2 sy terdiam, macamana nak buat ni..dah di pujuk pun, dia masih takmau buku Furqan tu. Akhirnya teringat tips dari Puan Lina semasa kursus beliau. Katanya, jika anak tidak mahu belajar Quran, jangan di marah apatah lagi kita meninggi suara. Sbb nanti dia x suka pulak dgn Quran tu. sedangkan kita nak dia cintakan Quran. Tadi pun sy br terbaca nota dari Prof Dr Rozieta Shaary, katanya "Jika anda cepat marah dengannya (anak), maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah.."

Jadi, cara yg dicadangkan oleh Puan Lina ialah, kita 'buat dono' kat budak2 ni, sampaila dia nak baca Furqan/Quran tu. OK, sy tak penah benar2 buat mcm ni, sbb selalunya mudah kesian kat yaya. Tapi mlm td mmg cekalkan hati, dia ajak borak sy bolayan, dia nak susu pun sy diamkan aja (sy tau dia bukan nak susu benar, tp dia tahu mama akan ikut ckp dia kalau bab susu)..mcm2 caranya utk tarik perhatian sy, sampai ada jugak sy nak tergelak dgn lawaknya, tp cover muka dgn Quran (masa tu sy baca Quran)

Setelah 10-15 minit, akhirnya dia dtg kat saya, kata nak baca Furqan...alhamdulillah, syukur sy. Menjadi jugak teknik ni hehe. Bersungguh2 die bljr, tp lps 5-6 page, die kate 'dah' hehe..it's ok la, yg penting dia mahu juga akhirnya.

Tapi saya dpt satu good lesson: macamana caranya, bila dia tanak ikut ckp sy, and akhirnya dia akan ikut juga tanpa sy perlu marah2 :)

1 comment

Unknown said...

salam, pernah dengar x quran pen reader/pen pembaca quran digital? zaman moden ni..bdak2 rmai ske main ngn gadget sperti iphone, ipad etc..from my personal experience..i've seen children became so interested with this new technology in learning the quran..untuk maklumat lanjut, boleh view blog saye www.quranandthenewtechnology.blogspot.com atau sms saye di 012-3026773. boleh dptkn quran pen reader dr saye hanya dgn rm160. terima kasih

Post a Comment

About