Sunday, October 28, 2012

Berapa markah sy?

.

Tadi, di satu kedai sy terlihat rancangan tv. Tak perasan rancangan apa atau tv apa, tp yg sdg dipaparkan ialah kisah benar seorg wanita muda. Dia OKU, entah bagaimana tapi dia terbiar, sehingga ada pihak menjadikannya peminta sedekah. Dirogol sehingga melahirkan anak. Kini dia duduk di rumah org2 OKU. Kesian melihat kisahnya.

Waktu itu, sy teringat diri sendiri. Bagaimana nasib dan jalan hidup sy sgt sgt baik jika nak di banding dgn kisah dia. Allah mentakdirkannya. Sungguh, terasa baik betul Allah kepada sy. Tapi, adakah sy sudah membalas kebaikan itu dengan sepatutnya? Sy terfikir, takkan dengan takdir yg baik ini, sy hanya patut hidup biasa2 aja..kerja, balik keje urus rumah tangga, tgk tv, berehat, tido, then esok rutin yg sama..weekend mungkin jln2, shopping, atau balik kg..skrg ini sy masih tidak contribute kepada ummah, tidak cukup belajar agama, iman dan amal sgt cetek dan sikit, sedangkan fizikal sy sempurna dan ada kerja yg ok..

Sy menjadi takut bila terkenang kata2 bahawa nikmat itu juga satu ujian. Susah dan senang dalam hidup ini kedua2nya ujian. Allah ingin melihat bagaimana kita menghadapinya dan dari situ kita akan dpt "markah" kita. Ya Allah, semoga masih belum terlambat utk sy berbuat sesuatu.

0 comments

Post a Comment

About