Sunday, October 28, 2012

Kisah benar, pengajaran buat kita..

.

Sultan Muhammad Al-Fateh terkenal sbg seorg yg warak dan suka beribadat kepada Allah. Persoalannya, adakah beliau memang sukakan agama sejak kecil?

Ada satu lagi pengajaran yang berguna dari kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk kota Konstantinopal. Ceritanya begini.

Sejak kecil beliau dibiarkan bermain dengan rakan2 sebayanya sehingga orang takkan tahu dia anak seorg sultan. Setiap kali dtg seorg ulama yg ditugaskan oleh ayahandanya utk ajar beliau agama, dia akan buat tak endah dan tak mahu belajar agama. Beberapa ulama dilantik tetapi gagal. Beliau semakin suka bermain. Akhirnya, ayahandanya Sultan Murad melantik seorg ulama yg terkenal dgn garang dan tegasnya. Apabila Sultan Muhammad Al-Fateh degil tidak mahu belajar agama, ulama ini akan rotan beliau di kaki. Akhirnya beliau merasa serik, dan mahu belajar agama. Malah belajar dengan bersungguh2 kerana di ajar oleh seorg ulama yg bijak menimbulkan semangatnya utk berjihad. Hingga akhirnya dia menjadi seorg yg sgt cintakan beribadat kepadaNya dan berjuang utk agamaNya.

Saya rs point penting di sini, ialah: sukakan agama pada anak belum tentu dtg secara semulajadi. Tapi dgn izin Allah peranan ibu bapa la yang boleh menukar seorg anak dr suka bermain kepada suka agama. Tidak semestinya anak itu dirotan, itu mungkin jalan penyelesaian terakhir. Tapi kisah ini mengajar kita tentang perlunya ibu bapa melakukan sesuatu demi menyelamatkan anak dr leka kepada dunia kepada cintakan Allah.

Kisah ini amat berbekas kepada diri sy. Sy tidak boleh impikan yaya menjadi anak yg solehah, tanpa sy dan suami berusaha dan berdoa bersungguh2 cuba membentuknya begitu. Maka sy kene pk, macamana caranya supaya dia sukakan agama sejak kecil. Contohnya, selalu pasangkan bacaan Al-Quran dan nasyid2, selalu bawa dia ke masjid dengar ceramah2 agama, sekolahkan dia di sekolah yg pentingkan agama, bercakap dengan dia tentang Allah sejak dia kecil lagi dll. Budak sekecil dia, jgn disangka terlalu kecil utk diajak berckp tentang Allah. Sambil main buaian, apabila burung lalu saya selalu beritahu dia, Allah yg cipta burung tu. Saya suka cerita begitu. Satu hari, sy nak hantar dia ke sekolah. Nampak matahari cantik baru nak keluar. Saya tanya dia, siapa cipta matahari tu? Cepat je keluar dari mulut dia "Allah". Sy terkejut juga, alhamdulillah dia faham juga apa yg sy ceritakan selalu tu.

Skrg sy kene buat macam2 lagi secara aktif dan kerap, moga2 dgn izin Allah dia jadi anak yg solehah, harta sebenar sy, Amin. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

0 comments

Post a Comment

About